Sunday 5 June 2016

Pengalaman Temuduga Latihan Separa Perubatan.

Pengalaman pertama saya menghadiri temuduga Latihan Separa Perubatan during November 2015. Couldn't remember the exact date but it was somewhere around November. Niat sebenar apply SPA actually mau try nasib diri saja. Haha.. Apply masa pertengahan July 2015. Sebelum apply untuk SPA ni, saya tidak pernah pun ambik tau apa-apa pasal kerja kerajaan ni especially latihan separa perubatan ini. Lepas habis SPM tidak pernah pun terfikir mau isi SPA sbb masa tu saya fikir diri ni masih muda lagi untuk masuk alam pekerjaan, sedangkan rakan-rakan yg sebaya usia saya ramai yg isi SPA including my best friend. Masa tu sa hanya setakat tau SPA adalah salah satu saluran untuk kita apply kerja dengan mana-mana badan kerajaan.

Jawatan yang ditawarkan kepada saya ialah Penolong Pegawai Perubatan dan Juruteknologi Makmal Perubatan. Saya meletakkan PPP sebagai pilihan utama saya sebab saya lagi familiar apa itu PPP daripada JTMP. Pada hari interview, kita dikehendaki membawa semua document asal dan salinan. Yang salinan seboleh-bolehnya disahkan benar. My biggest mistake during the interview is saya tidak bawa file untuk susun atur dokumen-dokumen saya sebab pada masa itu saya fikir dokumen penting seperti kad pengenalan, sijil surat branak, sijil berhenti skolah  itu saja yang perlu. Sijil kegiatan kokurikulum tidak saya sertakan sebab dalam surat ada tulis jika berkaitan sahaja, saya fikir sijil-sijil kokurikulum saya semua tidak penting jadi saya tidak bawa pada hari berkenaan. Disebabkan kebanyakan dokumen saya berterabur, awal pagi kena marah sudah oleh kakak yang jaga kaunter.. hahaha..

Saya merupakan calon kedua untuk ditemuduga pada pagi tu. Saya tidak tahu kenapa, macam persediaan yang saya buat tidak mencukupi. Semua yang dihafal macam tidak masuk otak.. Saya cuba kasi tenangkan fikiran tapi tidak dapat. After calon yang pertama keluar dari bilik temuduga, saya lagi lah tambah nervous. I pray to God supaya tenangkan hati saya agar saya dapat menjalani temuduga tu dengan tenang. I entered the room, ada dua orang penemuduga, 1 perempuan 1 lelaki. Yang perempuan merupakan pegawai SPA, yang lelaki pulak merupakan Penolong Pegawai Perubatan. Sepanjang temuduga tu, pegawai SPA tu lebih banyak bertanya. Disebabkan diri saya yang terlalu nervous, I couldn't answer most of the questions and I feel down automatically. Macam mau balik jak rumah terus sebab saya tahu saya tidak buat yang terbaik.

Antara soalan yang saya ditanya during my first interview ialah:

  1.  Perkenalkan diri dan latar belakang keluarga
  2.  Kenapa tidak sambung study sedangkan result bagus.  
  3.  Apa tugas seorang PPP
  4.  List 3 jenis penyakit berjangkit yang saya tahu
  5.  Berdasarkan 3 penyakit yang telah saya bagi, berikan cara untuk prevent dan mengatasi penyakit     tersebut. Pilih salah satu daripada 3 penyakit yang telah saya list.
  6.  Apa itu demam kepialu.

Itu saja soalan yang saya ingat ditanya masa interview. After saya keluar dari bilik tu, I'm quite disappointed sebab soalan yang diberi tidak lah susah sangat tapi saya fikir positif maybe rezeki saya belum sampai. Saya hanya ambik pengalaman dalam interview yang pertama ni.

 Kali kedua saya dipanggil untuk temuduga adalah untuk Julai intake 2016. This time saya ditawarkan sebanyak 10 tawaran. Semua tawaran yang bertaraf diploma saya ditawarkan tapi saya tidak terlalu gembira sebab berdasarkan pengalaman pertama saya takut history will repeat again. Saya hanya bertekad pada kali ini I will all out and hope for the best outcome. Tidak mahu lagi ada penyesalan dalam diri.

Pada hari interview, saya bawa file yang telah saya susun rapi dokumen dan sijil-sijil saya. Hahaha.. Saya tidak mahu kena marah oleh kakak kaunter lagi. Pastikan semua dokumen mengikut dalam susunan list yang surat temuduga. Untuk sijil-sijil kegiatan kokurikulum, hanya masukkan sijil semasa sekolah menengah. Utamakan sijil yang ada berkaitan dengan bidang perubatan seperti sijil Bulan Sabit Merah untuk pertolongan cemas. Ini abang kaunter punya tips untuk susun sijil. Hehe.. Masa saya masuk bilik pendaftaran, saya nampak ramai sudah calon di dalam,saya fikir saya lambat datang mendaftar sudah untuk booking jadi calon awal ditemuduga. Tapi sangkaan saya silap sebab saya merupakan calon kedua pada pagi tu, maybe ramai yang nervous and tidak mahu jadi calon awal. Dalam borang pendaftaran, saya meletakkan Juruteknologi Makmal Perubatan sebagai pilihan pertama, seterusnya PPP, then  nurse dan akhir sekali penolong pegawai farmasi. Hanya 4 pilihan utama sahaja yang akan di consider untuk temuduga nanti. Jadi choose wisely. Saya letak Juruteknologi Makmal Perubatan sebagai pilihan pertama sebab saya rasa itu lah bidang yang paling dekat dengan minat saya dalam perubatan. Saya sedar saya lebih suka buat kerja dalam makmal berbanding berinteraksi dengan pesakit. hehe..

Apabila tiba giliran saya untuk ditemuduga, saya terlebih dahulu ketuk pintu dan lepas tu memberi salam kepada pegawai temuduga. Senyum semanis-manisnya. :P Kali ni juga ada dua orang penemuduga, seorang perempuan seorang lelaki. Perempuan merupakan pegawai SPA manakala yang lelaki merupakan pegawai Juruteknologi Makmal Perubatan. Overall, the second interview was much better than the first one. Mungkin juga sebab penemuduga pada kali ini lebih sporting and senang bergaul.

Antara soalan yang saya ditanya untuk second interview ialah:

  1. Perkenalkan diri dan latar belakang keluarga
  2. Kenapa memilih Juruteknologi Makmal Perubatan
  3. Apa tugas-tugas seorang JTMP
  4. Sanggup kah merantau jauh sebab kerjaya JTMP biasanya banyak di semenanjung kalau dibandingkan dalam Sabah.
  5. Apa jenis bahaya yang terdedah dalam kerja JTMP
  6. Apa pakaian kelengkapan JTMP
  7. Apa peraturan yang patut dipatuhi semasa di dalam makmal
  8. Sekiranya ditawarkan Nurse, adakah saudari menerima tawaran tersebut.
Itu saja soalan yang dapat saya ingat. Kebanyakan masa dalam interview tu, pegawai JTMP banyak bercerita pasal kerjaya dia sebagai JTMP. Excited kali tu pegawai sebab ada yang interested masuk bidang kerja dia. Haha..

Keputusan temuduga keluar masa hujung bulan May. Saya amat bersyukur sebab saya berjaya temuduga hari tu dan saya dapat tawaran saya yang first choice. Sekarang ni tengah tunggu penempatan saja. Harap semuanya berjalan lancar pada hari pendaftaran kolej. Sekiranya kamu mahu dapat inspirasi atau semangat untuk temuduga nanti,baca jak ni blog.. Ini blog banyak membantu saya dari segi preparation, bagi saya lengkap lah.. :) All the best for those yang ambik latihan separa perubatan dan yang bakal menjalani temuduga. Best of Luck!



12 comments:

  1. Betul ke yg dah sambung belajar mana2 cth peringkat diploma, kemungkinan nak dapat tu tipis? Sebab dia utamakan yg tak sambung belajar lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. X semestinya.. sy pun dah habis diploma.. tp alhamdulillah berjaya temuduga.. bergantung rezeki dan cara kita jawab semasa temuduga.. kena jawab dengan matang dan yakin

      Delete
  2. Kak, saya lulus interview SPA untuk MA...baru kali pertama. Sungguh saya tidak sangka.

    ReplyDelete
  3. Salam..kak saya nak tanya apa dokumen lengkap yg spatutnya ada dlm file tu

    ReplyDelete
  4. hi terima kasih untuk sharing pengalaman awak..tahun 2021 ni pengalaman sy yg pertama untuk interviuw separa perubatan.Jujur perasaan sedih tu ada selepas tau keputusan temuduga baru2 ni.banyak juga cabaran untuk dtg dan menghadiri temuduga ni.namun,sy percaya mungkin bukan rezeki saya..semoga di hari akan datang peluang dan rezeki berpihak kpda sy.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Hai kak..saya mau tanya ..saya pun ada dapat penolong juruteknologi perubatan ..tapi saya tidak ambil mata pelajaran biologi atau kimia masa sekolah cuma sains asas sahaja..(bukan sains tulen).ada ka itu mempengaruhi penemuduga untuk tidak mengambil saya ? Saya takut saya tidak terpilih sebab tiada belajar semua tu 😭

    ReplyDelete